Wednesday, September 10, 2014

The Great Wife – Aisyah RA



The Great Wife – Aisyah RA

Penulis: Ahmad Bin Salim Badawilan
Terbitan Humaira Bookstore Enterprise
Harga : RM12.50

Sinopsis

Dia adalah puteri as-Shidiq teman Muhammad, menjadi pendamping Rasul sepanjang hayat dan sumber rujjukan sekalian umat.

Ikon yang sangat tepat untuk dijadikan teladan bagi setiap wanita yang mencari kebahagiaan dunia dan akhirat. Dia yang mendambakan cinta Allah dan Rasul melebihi cintanya kepadaa dunia. Kecerdasan dan keagungannya tidak terlepas daripada pandangan cendekiawan sepanjang zaman. Cinta dan kasih sayangnya mampu menenangkan jiwa Rasul yang kadang terusik dengan cabaran dalam penyebaran risalah Islam.

Wanita yang menjadi kesayangan Nabi SAW di antara isteri-isteri Nabi SAW yang lain, sudah pastinya terselit sesuatu yang istimewa di dalam dirinya. Kata-katanya menjadi petunjuk bagi kebanyakan hukum syariat. Itulah Aisyah r.a: menjadi contoh isteri ideal buat suami, keluarga dan masyarakat, teladan buat mereka yang bergelar isteri.

Melalui The Great Wife: Aisyah r.a. anda akan dibawa menyelusuri kehidupan rumah tangga Rasulullah SAW bersama Aisyah r.a. Wujudkan Aisyah di dalam diri anda dan hidupkan cahaya rumah tangga dengan mawaddah wa rahmah yang membawa ke syurga. 

The Great Husband-Muhammad SAW



The Great Husband-Muhammad SAW

Penulis: Hasan Bin Ahmad Hasan Hamam
Terbitan Humaira Bookstore Enterprise
Harga: RM13.50

Sinopsis

Rasulullah SAW adalah suami terbaik sepanjang zaman. Ikon suami yang ideal. Baginda SAW bukan sahaja mampu mengatur rumah tangga dalam pelbagai keadaan dan kesulitan, tetapi juga dapat mewujudkan keharmonian penuh kasih sayang terhadap isteri.

Pesona Nabi SAW bukan hanya sebagai suami, tetapi pendamping, sahabat sekaligus bapa juga pelindung buat isteri. Rumahku syurgaku dimaknakan oleh Rasulullah SAW bukan dengan harta yang melimpah, rumah yang megah, namun rumah Nabi SAW tetap contoh bagi rumah islami yang bahagia. Kerana rumah yang dibina adalah atas dasar ketaatan pada Allah SWT dan keredaan-Nya. Sikap tawaduk, kesederhanaan, keimanan, dan keyakinan benar-benar tertanam di hati para penghuninya, laksana gunung-gunung yang kukuh.

Bagaimanakah mahu menjadi suami cara Nabi SAW? 

Buku ini mampu menuntun anda membentuk keluarga seunggul keluarga Nabi sehingga mampu mengarahkan bahtera rumah tangga menuju syurga, malah di dunia dipenuhi mawaddah wa rahmah. 

Untuk Sepasang Kekasih



Untuk Sepasang Kekasih

Penulis: Karim asy-Syadzili
Terbitan Humaira Bookstore Enterprise
Harga: RM22

Sinopsis

Hidup tanpa cinta ibarat taman tanpa bunga. Akan tetapi, benarkah hanya dengan cinta, kehidupan keluarga boleh bahagia? Tentu tidak. Cinta hanya mengeratkan hubungan suami isteri, padahal bahtera rumah tangga tidak akan belayar dengan kukuh hanya berdasarkan emosi dan perasaan.

Terdapat banyak masalah rumah tangga yang memerlukan keseimbangan dan kebijaksanaan akal. Dalam buku ini, anda akan mempelajari cara menggabungkan potensi hati dan akal. Anda akan mengetahui pelbagai karekter pasangan anda, teknik mengenali isteri yang merajuk, memahami isteri yang cerewat, mengenali suami yang tiba-tiba diam dan kurang mengambil berat, menjaga maruah suami, menyusun keperluan rumah tangga, cara mengkritik pasanga, teknik memuji pasangan dan banyak lagi cara dan nasihat yang dapat mengeratkan anda dan pasangan anda.

Ringkasnya, buku ini dapat menceritakan kepada anda rahsia supaya disayangi pasangan. 

Keajaiban Dari Afrika: Anak Kecil Yang MengIslamkan Ribuan Orang


Keajaiban Dari Afrika: Anak Kecil Yang MengIslamkan Ribuan Orang

Penulis: Mujahid Nur
Penerbit: Humaira Bookstore Enterprise
Harga : RM 18.00

Sinopsis

Satu keajaiban terjadi di Afrika . 

Benua Hitam itu gegar kerana oleh kanak-kanak ini.

 Sungguh menakjubkan, kanak-kanak yang lahir dari keluarga bukan Islam ini hafal Al-Quran dan solat lima waktu di umur 1 tahun setengah. Dia juga dapat berbicara dengan lima bahasa asing; Arab, Inggeris, Perancis, Kiswahili dan Itali pada umur lima tahun. Dia telah mengislamkan ribuan orang di beberapa negara di Afrika.

1 Minit 1 Keajaiban Allah SWT


1 Minit 1 Keajaiban Allah SWT

Penulis: Gufron Hidayat, Liyah St. Syarifah
Penerbit: Humaira Bookstore Enterprise
Harga : RM 30.00

Sinopsis

Buku 1 Minit 1 Keajaiban Allah. Mengandungi 100 Keajaiban di dalam penciptaan Allah swt, yang ditulis setiap satu keajaiban itu untuk dihadam selama 1 minit.

Disertakan dengan ilustrasi bergambar, buku ini amat sesuai untuk diberi kepada anak anak yang sedang membesar bagi menambah keimanan mereka kepada Allah swt. Dilengkapi dengan ayat Al-Quran berkaitan. 

Aku Bukan Superman- Aku Pemuda Luar Biasa


Aku Bukan Superman- Aku Pemuda Luar Biasa

Penulis: Asyraf Farique
Harga : RM22
Terbitan Humaira Bookstore

Sinopsis

Pemuda, satu susuk yang boleh menggegarkan dunia, namun boleh juga meruntuhkan sesebuah kedaulatan negara. 

Semangat dan kuasanya tidak boleh dipandang sebelah mata. Namun sejauh mana, pemuda zaman ini sedar perkara tersebut 

Benarkah semangat Sultan Muhammad al-Fateh penaklum Constantinople yang meresapi pemuda kita atau suntikan hedonisme yang merendahkan akhlak dan nilai iman yang meraja?

Bagaimanakah mahu mencari dan membina kembali serta menyedari potensi sehebat superhero dan halangan apakah yang meniskuskan singa-singa agama ini? 

Buku ini bakal menyelongkar potensi pemuda, sehingga itu akan mengaku; “Aku Bukan Superman, Aku Pemuda Luar Biasa!” 

Usrah- Ini Semua Poyo!


Usrah- Ini Semua Poyo!

Penulis: Asyraf Farique
Terbitan Humaira Bookstore
Harga: RM20

Sinopsis

Usrah? 

Apa yang anda fikirkan tentang usrah saat pertama kali mendengar tentangnya. Seram? Untuk orang bajet alim? Untuk orang baik-baik saja? Poyo? Skema?

 Tidak mengapa anda mempunyai persepsi seperti itu, kerana saya juga pernah mempunyai persepsi yang serupa saat pertama kali mula mendengar perkataan yang begitu asing sekali, USRAH? 

Bagaimana pula jika, anda telah mengikuti usrah tetapi hati masih berasa kosong? Anda telah mengikuti usrah tetapi masih gagal untuk menjaga hati dari perkara yang melalaikan? Anda telah menjadi murabbi tetapi masih sukar mengambul hati mad’u? 

Buku ini bakal menghidangkan anda tip dan keadah yang efektif untuk diamalkan sebagai seorang murabbi dan mutarabbi yang menyengat dalam jalan dakwah. 

InsyaAllah. 

Komik 5 Pesan Damai : Meluruskan Erti Jihad


Komik 5 Pesan Damai : Meluruskan Erti Jihad

Penulis: Vbi Djengotten
Penerbit: Humaira Bookstore Enterprise
Harga: RM 15.90

Sinopsis:

Buku ini ringan tapi berisi. Lucu tapi penuh ilmu. Setelah sukses dengan 33 Pesan Nabi Volume 1 dan 2, vbi djenggotten kembali mempersembahkan karya terbaiknya. Komik ini ditulis dengan sangat serius. Isinya pun sangat mendalam, tapi gaya tuturnya tak kalah ringan dari dua buku sebelumnya.

Melalui komik yang lucu ini, vbi djenggotten menyampaikan pesan pesan damai, melawan anggapan umum tentang Islam yang katanya kuno dan penuh kekerasan.

Buka halaman pertama, bersiaplah tersenyum dan tertawa, petik hikmah dari setiap goresannya.

Komik Hari-Hari Sayang Nabi vol 2


Komik Hari-Hari Sayang Nabi vol 2- Suburkan Iman, Tingkatkan Amalan

Pelukis: Aie & Nik Wafdi
Terbitan Humaira Bookstore
Harga: RM11.90

Sinopsis

Kini dengan volume ke-2! 

Hari-Hari Sayang Nabi volume 2 adalah hasil kolaborasi dua kartunis hebat Nik dan Aie, dengan isi lebih padat dan ilustrasi yang menarik dan menghiburkan. 

Komik ini menyelitkan hadis-hadis terpilih disebalik cerita-cerita yang dekat dengan pembaca. Mokik yang ditampilkan dengan nafas baru dan tulisan yang sinonim dengan kehidupan realiti akan membuatkan anda mudah menerima mesej yang cuba disampaikan. 

Dalam meniti kehidupan dunia yang sementara, marilah kita Suburkan Iman, Tingkatkan Amalan supaya hidup bukan hanya bahagiadi dunia tetapi juga di akhirat. 

Semoga kata-kata Nabi SAW dapat diterjemahkan ke dalam kehidupan kita sehari-hari. 

Komik Hari-Hari Sayang Nabi


Komik Hari-Hari Sayang Nabi

Pelukis: Nik Wafdi
Terbitan Humaira Bookstore
Harga: RM10.90

Sinopsis

Mempersembahkan sebuah karya hebat yang diilustrasikan oleh Nik Wafdi, Hari-hari Sayang Nabi. Karya ini memuatkan lebih 60 hadis pilihan yang mendidik hati dan mencuit iman dengan ilustrasi kartun yang menarik.

Semua penceritaan yang dilakarkan menyentuh fenomena umat Islam masa kini. Ia mengandungi nilai etika dan prinsip moral yang sepatutnya menjadi gaya hidup umat Islam yang sebenar. Komik ini juga memuatkan pelbagai panduan berakhlak mulia seperti menghormati hak orang lain, menjaga pergaulan, bercakap benar, amanah dan sebagainya. Walaupun berlatar belakangkan kisah kehidupan kanak-kanak tetapi ia sesuai dibaca dan dihadam oleh semua lapisan masyarakat yang ingin mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah.

Komik ini santai, humor dan diselitkan dengan dialog-dialog yang sinis sekaligus mampu menyedarkan kita akan sikap kurang baik yang telah menjadi tabiat kita sebelum ini.

Mudah-mudahan ia bermanfaat dan dapat mendidik kita menjadi umat Islam yang Hari-hari Sayang Nabi dengan Hidupkan Hati Cantikkan Akhlak. 

Komik Islam Sehari-Hari-Panduan Akhlak Islam Seharian



Komik Islam Sehari-hari- Panduan Akhlak Islam Seharian

Penulis: Vbi Djenggotten
Penerbit : Humaira Bookstore Enterprise
Harga : RM 14.90

Sinopsis

1) Isu isu semasa berkaitan kehidupan seharian umat Islam ditegur dengan penuh hikmah bersulamkan Al-Quran dan Hadis.

2) Disampaikan dengan gaya santai dan bersahaja namun tepat dan ‘sentap’

3) Satu kaedah baru dalam mendekatkan diri kita kepada hadis nabi SAW. 

Komik 33 Pesan Nabi Vol 3 : Jaga sikap, raih kebaikan.


Komik 33 Pesan Nabi Vol 3 : Jaga sikap, raih kebaikan.

Pelukis : Vbi_djenggoten
Penerbit Asal : Penerbit Zaytuna (Indonesia)
Penerbit Edisi B. Melayu : Humaira Bookstore Enterprise

Harga : RM 14.90

Sinopsis--

Jaga sikap, raih kebaikan. Dengan tema ini, Komik Hadis 33 Pesan Nabi vol 3 kali ini hadir lebih padat dengan hadis yang menyentuh perbuatan rutin kita yang sebarusnya seiring dengan perlakuan Nabi SAW. Mendekati saranan dan teguran Nabi kini lebih mudah apabila dihuraikan melaui dialog santai dan ilustrasi komik yang menarik.

Anda pasti akan membacanya sambil tersenyum sekaligus merasai pesan-pesan Nabi SAW itu sentiasa ada pada setiap perbuatan dan keadaan. Sifat Nabi SAW yang manusiawi ini menyentuh setiap sudut perlakuan termasuk pernikahan, siasah, dan akhlak sesama manusia.

Ia bukan sekadar komik yang menghiburkan tetapi juga menegur hati-hati yang lalai dengan kalam-kalam Nabi SAW Di mana, pada kebiasaannya perkara yang mudah sering dilupakan, apatah lagi yang berat terus ditinggalkan. Pada akhirnya, kita perlu menyedari, sekecil mana pun kebaikan, ia tetap dinilai di sisi Tuhan.

Komik 33 Pesan Nabi Vol 2: Jaga Hati, Buka Fikiran


Komik 33 Pesan Nabi Vol 2: Jaga Hati, Buka Fikiran

Pelukis : Vbi_djenggoten
Penerbit : Humaira Bookstore Enterprise
Harga : RM 15.90

Tentang Buku--

Kelebihan komik ini-

1) Komik ini berkaitan dengan isu isu semasa dan disimpulkan dengan hadis-hadis sahih dari Imam Bukhari dan Imam Muslim.

2) Disampaikan dengan gaya santai dan bersahaja namun tepat dan ‘sentap’.

3) Satu kaedah baru dalam mendekatkan diri kita kepada hadis nabi SAW. 

Komik 33 Pesan Nabi Vol 1: Jaga Mata, Jaga Telinga, Jaga Mulut



Komik 33 Pesan Nabi Vol 1: Jaga Mata, Jaga Telinga, Jaga Mulut

Pelukis : Vbi_djenggoten
Penerbit Asal : Penerbit Zaytuna (Indonesia)
Penerbit Edisi B. Melayu : Humaira Bookstore Enterprise
Harga: RM 14.90

Tentang Buku--

Apakah cara alternatif untuk anda mempelajari dan memahami hadis Rasulullah SAW? Pernahkah anda terfikir untuk mempelajari sesuatu hadis Rasulullah S.A.W. menerusi komik? 

Komik ini mempunyai banyak episod-episod menarik yang dapat menggambarkan pengajaran berdasarkan hadis-hadis Rasulullah S.A.W.

Anda pasti terhibur apabila membaca komik ini. Hadis-hadis yang terkandung dalam komik ini adalah diriwayatkan dari Bukhari dan Muslim.

Oleh kerana jalan cerita dalam komik ini sangat ringkas, maka anda pasti dapat memahami mesej dan pengajaran yang ingin disampaikan.